14 PEMAIN MUDA BAKAL GEGAR BAKU
Antarabangsa UTAMA

14 PEMAIN MUDA BAKAL GEGAR BAKU

Izzati • 23 Oct 2026 • 166 tontonan • 1 min baca
Seramai 14 pemain dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P. Maniam, untuk mewakili Malaysia dalam Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, dari 24 hingga 30 Oktober.

Seramai 14 pemain dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P. Maniam, untuk mewakili Malaysia dalam Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, dari 24 hingga 30 Oktober.

Senarai pemain yang terpilih terdiri daripada Muhammad Ariq Fayyadh Raimi, Amirul Faris Azlan @ Iskandar Shah, Muhammad Ammar Mohd Saiful Hisham, Muhammad Harris Haneef Zulkiffli dan Muhammad Adib Mohamed Ezammuddin.

Turut tersenarai ialah Danny Firas Musleyadi, Muhammad HykaI Iqwan Azlan, Muhammad Iman Luthfi Zairol Hisham, Armin Haikal Hazim dan Anas Suffiyan Mohamad Arif.

Empat lagi pemain yang melengkapkan skuad negara ialah Aqhee Haiqal Koko, Muhammad Mikhaeel Yee Mohd Mubeen Yee, Muhammad Rayyan Haziq Ahfizal Ahmad serta Muhammad Harith Musyrif Hairy. Kesemua pemain yang disenaraikan berusia 15 tahun.

Maniam akan dibantu oleh penolong jurulatih M. Lingeswaran, jurulatih penjaga gol Norazlan Razali dan jurulatih kecergasan Ahmad Radzi Mohd Salleh Raibi. Kejohanan sulung itu akan berlangsung di Hovsan Competition Complex dengan penyertaan 191 pasukan negara yang dibahagikan kepada 24 kumpulan.

Malaysia berada dalam Kumpulan H dan akan memulakan kempen menentang Dominica pada 24 Oktober, diikuti dua perlawanan menentang Syria dan Ethiopia pada 25 Oktober. Skuad negara kemudian dijadual berdepan Hungary dan Mexico pada 26 Oktober. 

Iklan

Kongsi artikel ini