1.5 Juta Permohonan Hanya Dalam 24 Jam!
Berita Bolasepak UTAMA

1.5 Juta Permohonan Hanya Dalam 24 Jam!

MyGooners • 12 Sep 2025 • 237 tontonan • 1 min baca
1.5 JUTA Permohonan Tiket Piala Dunia FIFA 2026 Dalam Masa 24 Jam!

Gila betul sambutan! FIFA mengumumkan lebih 1.5 juta permohonan tiket untuk Piala Dunia 2026 diterima dalam tempoh hanya 24 jam selepas pra-jualan dibuka semalam.

Permintaan luar biasa ini datang daripada peminat bola sepak di 210 negara, dengan penyokong dari Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada menjadi paling ramai menghantar permohonan.

Turut tersenarai antara negara teratas ialah Argentina, Colombia, Brazil, England, Sepanyol, Portugal dan Jerman.

Edisi kali ini memang lain macam auranya – buat pertama kali 48 pasukan akan berentap dalam 104 perlawanan di 16 bandar tuan rumah sekitar Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat.

Peminat masih boleh memohon tiket sehingga 19 September (waktu Eropah), manakala keputusan siapa yang berjaya akan dihantar melalui emel bermula 29 September.

Tiket rasmi mula boleh dibeli pada 1 Oktober dengan harga serendah USD60 (kira-kira RM280), namun harga boleh berubah ikut permintaan pasaran.

FIFA turut memaklumkan akan ada beberapa fasa tambahan jualan tiket bermula Oktober ini bagi menampung permintaan yang dijangka terus mencanak menjelang kejohanan terbesar dunia itu.

Piala Dunia 2026 nampaknya bakal jadi pesta bola sepak paling ‘gempak’ dalam sejarah!

Iklan

Tag

#FIFA #Piala Dunia #World Cup #FIFA 2026

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

INDONESIA PESTA GOL, LAYAK KE FINAL
Antarabangsa

INDONESIA PESTA GOL, LAYAK KE FINAL

Mereka melangkah ke final FIFA ASEAN Cup 2026 selepas menghasilkan kemenangan besar 9-2 ke atas Bangladesh dalam aksi te...

3 minggu yang lepas
MALAYSIA BENAM SINGAPURA 6-0
Antarabangsa

MALAYSIA BENAM SINGAPURA 6-0

Harimau Malaya menutup kempen Kumpulan A FIFA ASEAN Cup 2026 dengan kemenangan bergaya selepas membelasah Singapura 6-0...

3 minggu yang lepas
Iklan