3 Perkara Kita Belajar Dari Kemenangan Arsenal Ke Atas Port Vale
Perkembangan Kelab UTAMA

3 Perkara Kita Belajar Dari Kemenangan Arsenal Ke Atas Port Vale

MyGooners 25 Sep 2025 64 tontonan 2 min baca
Eze Lulus Ujian, Skuad Semakin Dalam

Arsenal mara ke pusingan keempat Carabao Cup selepas menewaskan Port Vale 2-0 di Vale Park, awal pagi Khamis. 

Gol awal Eberechi Eze pada minit ke-8 membuka jalan, sebelum Leandro Trossard menutup kemenangan pada minit ke-86.

Walaupun berdepan pasukan dari League One, Port Vale tidak mudah menyerah dan bertahan dengan disiplin tinggi sehingga lewat permainan. Namun The Gunners masih terlalu kuat, mengawal hampir keseluruhan perlawanan dengan penguasaan bola mencecah 80%.

Daripada aksi ini, ada tiga perkara penting yang boleh dipelajari.

1. Arsenal Tahu Cara ‘Settle’ Game Macam Ni

Kalau Arsenal berjaya julang Carabao Cup di Wembley Mac nanti, ramai mungkin tak akan ingat bagaimana perjalanan bermula di Stoke malam dingin ini. Tetapi hakikatnya, inilah contoh klasik sebuah pasukan besar – datang, kawal rentak, buat kerja dan balik dengan kemenangan.

Eze membuka tirai awal, namun Port Vale tetap berjuang. Mereka cuba manfaatkan kesilapan kecil Arsenal ketika bermain dari bawah, tetapi langsung tidak mampu hasilkan percubaan tepat. The Gunners pula walaupun tidak meledak banyak peluang, cukup klinikal untuk pastikan kemenangan mutlak.

2. Kedalaman Skuad Arsenal Semakin Menjadi

Musim panas lalu, Arsenal berbelanja lebih £250 juta untuk memperkukuh skuad dengan lapan pemain baharu. Tujuannya jelas – memastikan pasukan mampu bersaing di empat kejohanan serentak.

Perlawanan ini bukti pelaburan itu berhasil. Arteta membuat sembilan pertukaran daripada kesebelasan menentang Manchester City, tetapi kualiti tetap konsisten. Di bangku simpanan pula, barisan pemain bernilai hampir £400 juta menunggu giliran.

Bukayo Saka dan William Saliba masuk dalam kesebelasan, manakala Kepa Arrizabalaga buat debut bersih tanpa diuji. Saka, yang baru pulih dari kecederaan hamstring, diberi sejam aksi untuk mengembalikan rentak. Tiada kecederaan baharu – berita paling melegakan buat Gooners.

3. Eze Lulus Audition, Gol Pertama Akhirnya Tiba

Buat Eberechi Eze, malam ini jadi momen yang akan diingati. Walaupun mungkin tidak glamor seperti jaringannya di masa depan, gol pertamanya bersama Arsenal cukup bermakna.

Hantaran silang Martinelli dari kiri, flick bijak Myles Lewis-Skelly dan penyudah tenang Eze – itulah bola sepak moden Arsenal. Gol itu bukan sekadar angka, tetapi bukti dia kini mula serasi dengan sistem Arteta.

Eze sudah pun catat dua assist sebelum ini dan kali ini dengan gol peribadi pertama, dia menghantar mesej jelas – dia bersedia jadi tunjang kreatif Arsenal musim ini.

Kesimpulannya: Arsenal mungkin tidak perlu tunjuk prestasi luar biasa untuk singkir Port Vale, tapi mereka berjaya buktikan tiga perkara penting – skuad cukup dalam, bintang baharu mula menyinar, dan Arteta ada pasukan yang tahu cara menamatkan tugasan.

Iklan

Tags

#Arsenal

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: