AMERIKA SYARIKAT TUAN RUMAH PIALA DUNIA KELAB WANITA
Piala Dunia UTAMA

AMERIKA SYARIKAT TUAN RUMAH PIALA DUNIA KELAB WANITA

Izzati • 23 Oct 2026 • 103 tontonan • 1 min baca
Arsenal merupakan antara tujuh kelab yang sudah mengesahkan tempat dalam kejohanan itu.

Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah edisi sulung Piala Dunia Kelab Wanita pada Januari 2028, menurut pengesahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Arsenal merupakan antara tujuh kelab yang sudah mengesahkan tempat dalam kejohanan itu. Sebanyak 12 lagi pasukan akan dipilih kemudian bagi melengkapkan saingan yang melibatkan 19 kelab.

Kejohanan tersebut dijadual berlangsung dari 5 hingga 30 Januari 2028 dan akan dianjurkan setiap empat tahun sekali, mengikut format yang turut digunakan dalam Piala Dunia Kelab lelaki.

Selain Arsenal, Barcelona, Gotham, Club America, Corinthians, Naegohyang dan Wuhan Jiangda turut mendapat tempat dalam kejohanan berkenaan.

Bagi melengkapkan senarai peserta, enam lagi kelab dari Eropah akan dipilih, manakala Asia, Afrika, Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean serta Amerika Selatan masing-masing mendapat tiga wakil. Oceania pula akan diwakili oleh sebuah kelab.

Ketua pegawai bola sepak wanita FIFA, Sarai Bareman, berkata Amerika Syarikat dipilih kerana pengalaman menganjurkan kejohanan besar, kemudahan sukan bertaraf tinggi serta minat terhadap bola sepak wanita. Bagaimanapun, jadual kejohanan itu sebelum ini dikritik Liga Super Wanita England kerana berpotensi menjejaskan kelab dan pemain, terutama apabila berlangsung pada pertengahan musim. Kejohanan ini juga menyusul selepas FIFA memperkenalkan Piala Juara-Juara Wanita yang dimenangi Arsenal pada edisi pertama Februari lalu.

Iklan

Kongsi artikel ini