Awal bulan lepas, dah ada khabar dari Itali pasal minat Arsenal nak beli Ademola Lookman dari Atalanta. Khabarnya, kelab London tu tak nak bayar lebih dari €50 juta untuk dia.
Lepas tu hujung bulan, Corriere della Sera pulak laporkan pasukan pengurusan Lookman dah jangka ada panggilan dari Arsenal, Liverpool, Napoli dan Barcelona. Gempak giler kan..!
Inter Milan pun buat kerja nak dapatkan pemain ni... tapi sekarang kena saingan dengan Arsenal.
Ni semua ikut laporan Quotidiano Sportivo (dipetik oleh TuttoMercatoWeb) yang kata ‘Arsenal buat Inter seram sejuk’. Pemain Nigeria ni sanggup ponteng latihan pun semata-mata nak paksa pindah ke San Siro.
Sekarang ni, muncul ‘ancaman mengejut’ untuk Inter... dan ia datang dari pasukan Mikel Arteta. Tapi sebenarnya taklah terkejut sangat, kan? Minat Arsenal dah lama kedengaran.
Setakat ni, Arsenal cuma tengok-tengok perkembangan Lookman sebagai backup kalau gagal dapat target lain. Quotidiano Sportivo tambah, depa mungkin seriuskan minat kalau Leandro Trossard betul-betul keluar dari Emirates musim panas ni.
Dalam edisi Jumaat, Corriere della Sera laporkan situasi Lookman ni. Atalanta boleh kenakan tindakan disiplin sebab dia ponteng latihan. Tapi dalam masa sama, kelab tu pun tengok-tengok jugak sama ada proses transfer ni boleh maju ke tak.
Sebenarnya, Atalanta dah tolak tawaran €45 juta dari Inter! Sekarang depa tunggu Inter naikkan harga ke tak.
Surat khabar tu juga kata Atalanta tengah cuba tengok kalau-kalau ada tawaran dari luar Itali. Ni lah masa Arsenal disebut semula – kononnya boleh ajukan tawaran €51 juta untuk pemain Nigeria tu.
Jangan terkejut pula... Kemungkinan besar ni taktik Atalanta je nak goreng harga dan paksa Inter bayar lebih! Main tipu gitu lah.