Arsenal Sedia Lepaskan Gabriel Jesus Januari Ini?
Perkembangan Kelab UTAMA

Arsenal Sedia Lepaskan Gabriel Jesus Januari Ini?

MyGooners 19 Sep 2025 215 tontonan 2 min baca
Persoalan besar mengenai masa depan Gabriel Jesus.

Arsenal kini dilihat serius merombak skuad selepas beberapa muka baharu yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas tampil dengan prestasi mantap.

Kemasukan bintang seperti Viktor Gyokeres menjadikan pilihan serangan Mikel Arteta semakin meluas, sekali gus menimbulkan persoalan besar mengenai masa depan Gabriel Jesus.

Persaingan Sengit di Posisi No.9

Jesus, yang sudah lama diketepikan akibat kecederaan, masih belum ada kepastian bila akan kembali beraksi.

Dalam tempoh itu, Arteta tidak terlalu terasa kehilangan penyerang Brazil itu kerana Gyokeres segera mengisi kekosongan dengan bergaya, manakala Kai Havertz dan Mikel Merino juga mampu diolah sebagai penyerang tengah.

Menurut laporan Football Insider, Arsenal sudah pun sedia melayan tawaran untuk Jesus sejak musim panas lalu, namun masalah kecederaan mengekang perpindahan tersebut.

Kini, jendela Januari bakal jadi penentu sama ada Jesus kekal atau dilepaskan.

Risiko Hilang Tempat

Walaupun Jesus sebelum ini dianggap watak penting dalam kebangkitan Arsenal, realitinya sukar untuk dia terus jadi pilihan utama selepas pulih.

Kehadiran muka baharu yang kian serasi dengan taktikal Arteta membuatkan persaingan di jentera serangan begitu sengit.

Bagi penyokong, mereka tahu kualiti dan pengalaman yang dimiliki Jesus.

Namun, dunia bola sepak sentiasa kejam, pemain yang lama tersisih akibat kecederaan berisiko besar kehilangan tempat dalam skuad yang sedang berkembang pesat.

Adakah Januari nanti jadi noktah kepada karier Gabriel Jesus bersama Arsenal?

Atau Arteta masih akan memberi peluang kedua buat penyerang Brazil itu?

Iklan

Tags

#Gabriel Jesus #Arsenal

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: