Arteta Letak Harapan Pada Max Dowman
Perkembangan Kelab UTAMA

Arteta Letak Harapan Pada Max Dowman

MyGooners 24 Sep 2025 172 tontonan 2 min baca
Belajar Cara Saka Hadapi Tekanan

Mikel Arteta memberi isyarat jelas bahawa bintang muda sensasi Arsenal, Max Dowman, kini mula diberi kepercayaan besar dalam projek jangka panjangnya di Emirates.

Remaja berusia 15 tahun itu sudah dua kali turun padang bersama skuad utama musim ini dan berpotensi mencipta sejarah sebagai pemain paling muda yang pernah diturunkan (bermula) dalam kesebelasan utama Arsenal jika bermula menentang Port Vale dalam saingan Carabao Cup.

Arteta, bagaimanapun, tidak sekadar mahu Dowman diberi peluang. Beliau juga menitip pesan penting: belajar dari Bukayo Saka tentang bagaimana untuk menghadapi layanan keras daripada lawan.

“Untuk England [B-19] menentang Sepanyol, dalam 40 minit pertama sahaja dia sudah kena sembilan kali dilanggar.

"Ia akan terus berlaku.

"Dia kena belajar bila nak lepaskan bola, bila nak tahan posisi. Sama seperti Bukayo di awal kariernya,” jelas Arteta.

Menurut Arteta, pemain berbakat besar seperti Dowman akan sentiasa menarik perhatian – sama ada dengan cara ditekan, dikasari atau dihalang pergerakannya. Justeru, penting untuk remaja itu tahu bila perlu terima sentuhan lawan dan bila harus mengelakkannya.

Walaupun masih sangat muda, Arteta kagum dengan kematangan Dowman, terutamanya dari segi emosi dan IQ bola sepaknya.

“Dia bangun semula setiap kali dijatuhkan, jarang merungut.

"Malah, dalam latihan pun bila rakan sepasukan cuba balas dendam sebab dia buat nutmeg, Dowman tak ambil hati.

"Dia teruskan sahaja,” kata pengendali Sepanyol itu sambil berseloroh.

Arteta menegaskan Arsenal kini berada pada tahap di mana mereka perlu memberi Dowman peluang yang seimbang – cukup masa bersama skuad utama, tetapi juga peluang beraksi dengan pasukan remaja dan England B-19.

“Tanggungjawab kami ialah jaga bakat luar biasa ini, pastikan dia dapat peluang yang tepat pada waktu yang tepat.

"Dia ada potensi besar untuk bantu pasukan utama, tapi kita kena urus dengan berhati-hati,” ujar Arteta.

Dengan gaya permainan yang matang melangkaui usianya, ditambah sikap tenang walaupun menjadi sasaran kekasaran lawan, Dowman kini dilihat sebagai satu lagi permata akademi Arsenal.

Sama ada beliau akan mencipta sejarah di Port Vale atau tidak, satu perkara jelas – Arteta mahu melakar perjalanan kariernya sebijak mungkin, berlandaskan contoh terbaik: Bukayo Saka.

Iklan

Tags

#Max Dowman #Arsenal #Bukayo Saka #Mikel Arteta

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Arsenal Intai Tino Livramento
Berita Perpindahan

Arsenal Intai Tino Livramento

Arsenal kini giat memperkemaskan senarai sasaran perpindahan musim panas mereka walaupun pasukan sedang berada di kemunc...

1 bulan yang lepas
€20 Juta Untuk Bintang Muda Serbia
Berita Perpindahan

€20 Juta Untuk Bintang Muda Serbia

Arsenal kini dilaporkan sedang giat memburu permata muda Serbia, Vasilije Kostov yang sering disamakan dengan gaya perma...

1 bulan yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: