Upacara gilang-gemilang Ballon d’Or edisi ke-69 berlangsung di Theatre du Chatelet, Paris pada 22 September 2025, dengan bintang-bintang bola sepak dunia berkumpul meraikan anugerah paling berprestij dalam arena sukan ini.
Seperti dijangka, dua nama besar – Ousmane Dembele dan Aitana Bonmati – dinobatkan selaku pemenang utama kategori Lelaki & Wanita.
Malam penuh glamor itu turut menyaksikan pemenang bagi Trofi Kopa, Trofi Yashin, Trofi Gerd Müller, Anugerah Johan Cruyff (Jurulatih), Anugerah Socrates serta kelab terbaik tahun ini.
Pemenang Utama Ballon d’Or 2025
Ballon d’Or Lelaki: Ousmane Dembwlw (PSG/Perancis)
Musim terbaik dalam kariernya – bantu PSG julang Liga Juara-Juara Eropah pertama, kejuaraan Ligue 1, Coupe de France serta Piala Super UEFA.
Ballon d’Or Wanita: Aitana Bonmati (Barcelona/Spain)
Tiga kali berturut-turut! Tonggak tengah Barça ini jadi nadi utama treble domestik, final Liga Juara-Juara Wanita dan bawa Sepanyol ke final EURO 2025.
Trofi Kopa (Pemain Bawah 21 Tahun)
-
Lelaki: Lamine Yamal (Barcelona/Spain)
-
Wanita: Vicky Lopez (Barcelona/Spain)
Trofi Yashin (Penjaga Gol Terbaik)
-
Lelaki: Gianluigi Donnarumma (PSG/Italy)
-
Wanita: Hannah Hampton (Chelsea/England)
Trofi Gerd Müller (Penjaring Gol Terbanyak)
-
Lelaki: Viktor Gyökeres (Sporting CP/Sweden, kini Arsenal) – 54 gol semusim!
-
Wanita: Ewa Pajor (Barcelona/Poland) – 43 gol musim 24/25.
Kelab Terbaik Tahun Ini
-
Lelaki: Paris Saint-Germain (juara UCL + treble domestik)
-
Wanita: Arsenal Women (juara Liga Juara-Juara Wanita, naib juara WSL, rekod kehadiran penyokong di Emirates).
Anugerah Johan Cruyff (Jurulatih Terbaik)
-
Lelaki: Luis Enrique (PSG)
-
Wanita: Sarina Wiegman (England)
Anugerah Socrates
-
Xana Foundation – inisiatif amal oleh Luis Enrique mengenang puterinya, Xana.
Malam Ballon d’Or 2025 jadi saksi dominasi PSG & Barcelona, dengan Arsenal Women pula harumkan nama England.
Dembele dan Bonmati catat sejarah peribadi, manakala Viktor Gyokeres terus jadi sebutan panas selepas berpindah ke Arsenal dengan rekod jaringan luar biasa.