Bayern Sombong – Anggap Vieira Tak Level, Pilih Tunggu Asensio
Transfer News UTAMA

Bayern Sombong – Anggap Vieira Tak Level, Pilih Tunggu Asensio

MyGooners 11 Sep 2025 172 tontonan 1 min baca
Vieira Sebenarnya Nak ke Bayern, Agen Mendes Cuba ‘Atur Deal Gempak’ Tapi Kantoi

Drama perpindahan Fabio Vieira makin panas bila terdedah kisah sebenar di balik tabir.

Menurut laporan Bild, pemain Arsenal itu sebenarnya ditawarkan ke Bayern Munich oleh super agen terkenal, Jorge Mendes.

Vieira, yang kini sah dipinjamkan ke Hamburg SV dengan opsyen beli, sebenarnya berangan nak sarung jersi juara Bundesliga tersebut, terutama selepas bintang Bayern, Jamal Musiala, cedera lama ketika aksi Piala Dunia Kelab.

Mendes bukan setakat cuba tawarkan Vieira, malah turut cuba jual nama besar Marco Asensio, yang akhirnya ke Fenerbahce. Namun, Bayern lebih minat pada Asensio, tapi rundingan tersebut gagal sebab gaji tinggi melampau.

Usaha Mendes nak “pacak” Vieira di Allianz Arena pulak tak menjadi – rundingan langsung tak berjalan walaupun Gestifute (agensi Mendes) push habis-habisan.

Yang menarik, Vieira juga sebenarnya masuk radar VfB Stuttgart, tapi akhirnya Hamburg yang jadi pilihan last minute – bila rundingan jadi kukuh hanya pada minggu terakhir jendela perpindahan.

Iklan

Tags

#Fabio Vieira #Arsenal #VfB Stuttgart #Hamburg SV #Bayern Munich

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: