Bilbao goyang hadapi Gunners
Berita Bolasepak UTAMA

Bilbao goyang hadapi Gunners

MyGooners 15 Sep 2025 67 tontonan 2 min baca
Arsenal senyum lebar, Bilbao pincang tanpa Nico

Athletic Club berdepan tamparan hebat menjelang aksi sulung Liga Juara-Juara menentang Arsenal di San Mames apabila bintang sayap lincah mereka, Nico Williams disahkan mengalami kecederaan otot adductor kiri.

Williams cedera ketika aksi kelayakan Piala Dunia bersama Sepanyol menentang Turki minggu lalu dan terpaksa dikeluarkan sebelum rehat.

Akibatnya, dia sudah pun terlepas perlawanan La Liga menentang Deportivo Alaves hujung minggu lalu.

Bekas legenda Athletic, Joseba Etxeberria mengakui ketiadaan Williams adalah kehilangan besar buat kelab:

“Nico pemain yang boleh buat perbezaan.

"Kehilangannya memang signifikan, tapi Athletic ada alternatif dan saya yakin mereka mampu menutup ruang itu.”

Musim ini, Williams sudah menyumbang 1 gol dan 2 assist dalam 3 perlawanan, selepas menutup kempen lalu dengan rekod 11 gol dan 7 assist.

Namun Etxeberria tidak menolak hakikat Arsenal bimbingan Mikel Arteta kini berada pada tahap yang sukar ditandingi:

“Arsenal sangat dominan, mekanisme mereka jelas.

"Mereka bahaya ketika serangan posisional dan pantas dalam serangan balas.

"Tapi di San Mames, apa-apa boleh berlaku.”

San Mames dijangka akan jadi kubu keramat yang menguji The Gunners, walaupun Arsenal baru sahaja memungut 9 mata daripada 4 aksi liga - hanya bolos sekali, iaitu ketika tewas 1-0 kepada Liverpool.

Adakah Bilbao mampu beri kejutan tanpa Nico Williams atau Arsenal akan terus garang di pentas Eropah?

Iklan

Tags

#Arsenal #Nico Williams #Athletic Club #LIga Juara-Juara #UCL #Athletic Bilbao

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Kehilangan besar
Berita Bolasepak

Kehilangan besar

Nico Williams diragui hadapi Arsenal

1 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: