CARRICK TEGAS PERLU MENANG
Bolasepak UTAMA

CARRICK TEGAS PERLU MENANG

Izzati • 21 Oct 2026 • 130 tontonan • 1 min baca
United kini bergelut mencari rentak selepas hanya meraih satu kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Michael Carrick percaya masih mendapat sokongan daripada pihak pengurusan Manchester United, namun mengakui perlu mula mencatat kemenangan bagi memastikan kedudukannya sebagai pengendali pasukan terus terjamin.

United kini bergelut mencari rentak selepas hanya meraih satu kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus berada di tangga ke-13 selepas seri 1-1 menentang Leeds United, Ahad lalu.

Carrick menegaskan hubungannya dengan pihak pengurusan berada dalam keadaan baik dan fokus utamanya adalah memastikan United kembali meraih keputusan positif.

“Kami perlu memenangi perlawanan bola sepak dan itulah yang sedang kami usahakan,” katanya.

Dalam masa sama, Carrick menolak dakwaan bekas pengendali United, Erik ten Hag, bahawa kelab itu mempunyai budaya toksik yang berpunca daripada pihak pengurusan serta layanan terhadap pemain.

Carrick berkata beliau tidak pernah berdepan situasi sedemikian, malah memuji semangat kebersamaan dalam kalangan pemain dan staf yang disifatkannya sentiasa memberikan komitmen terbaik kepada pasukan.

United kini berdepan cabaran menentang Como dalam aksi Liga Juara-Juara, Rabu ini, dengan Carrick terpaksa memikirkan pilihan pemain selepas sembilan pemain tidak dapat diturunkan akibat penggantungan, masalah kesihatan dan kecederaan.

Iklan

Kongsi artikel ini