DPMM RAMPAS MATA PENUH
Liga Malaysia UTAMA

DPMM RAMPAS MATA PENUH

Izzati • 19 Oct 2026 • 95 tontonan • 1 min baca
Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Dalberto Luan pada minit keenam.

DPMM FC berjaya mempertahankan kelebihan di laman sendiri apabila menundukkan Kuching City FC 3-2 dalam aksi Liga Super yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Dalberto Luan pada minit keenam. Namun, Kuching City kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-28 selepas sepakan percuma Dylan Wenzel-Halls gagal diselamatkan penjaga gol DPMM, Samuel Somerville.

Kuching City kemudian mengambil giliran mendahului apabila Wenzel-Halls sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-50. Jaringan itu pada mulanya dibatalkan kerana ofsaid, sebelum VAR mengesahkannya untuk memberikan kelebihan kepada pasukan pelawat.

Bagaimanapun, situasi berubah apabila Petrus Shitembi dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-62, menyebabkan Kuching City terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain. DPMM mengambil kesempatan tersebut apabila Azwan Ali Rahman menyamakan kedudukan sebelum Dalberto meledak gol keduanya lima minit kemudian.

Walaupun beraksi dengan kekurangan seorang pemain, Kuching City tetap berusaha mencari gol penyamaan. Ajdin Mujagic hampir menghadiahkan jaringan buat The Cats pada minit ke-77, namun tandukannya sekadar menggegar palang gol sebelum peluang itu dipatahkan pertahanan tuan rumah.

Keputusan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus membolehkan DPMM meneruskan usaha memburu kedudukan lebih baik dalam liga.

Iklan

Kongsi artikel ini