Dulu Lawan PSG & Real Madrid, Kini Panas Bangku Simpanan
Perkembangan Kelab UTAMA

Dulu Lawan PSG & Real Madrid, Kini Panas Bangku Simpanan

MyGooners 18 Sep 2025 191 tontonan 2 min baca
'Ubi' Muda Arsenal Cari Ruang Baru

Myles Lewis-Skelly, nama yang mula jadi sebutan musim lepas apabila berjaya tembus ke pasukan utama Arsenal, kini berdepan cabaran getir untuk kekal relevan.

Musim debut dia memang luar biasa dengan sempat turun dalam aksi besar Liga Juara-Juara menentang PSG dan Real Madrid, malah sampai dapat panggilan ke skuad senior England.

Memang gempak untuk pemain berusia belasan tahun.

Tapi musim ni lain cerita.

Dengan Riccardo Calafiori terus padu pegang posisi bek kiri, peluang Lewis-Skelly makin terhad.

Pemain Itali tu konsisten sampai susah nak digugat, buatkan pemain muda Arsenal ni sekadar menunggu giliran di bangku simpanan.

Ubah Haluan ke Tengah?

Menurut laporan Charles Watts, mungkin Lewis-Skelly kena cuba balik posisi asal dia iaitu pada kawasan tengah padang. 

Kat situ pun dia bukan senang nak tembus, sebab barisan midfield Arsenal pun penuh dengan bintang.

Tapi sekurang-kurangnya, peluang dia lebih terbuka berbanding cuba nak cabar Calafiori.

Watts siap cakap, “Dekat kelab macam Arsenal, tak ada benda yang senang.

"Semua kena fight untuk tempat masing-masing.

"Mungkin kita akan nampak dia main lebih banyak kat midfield nanti, tapi persaingan pun memang keras.”

Ujian Mental & Ketahanan

Sekarang ni, yang jadi taruhan untuk Lewis-Skelly bukan sekadar bakat tetapi mental dan semangat nak survive.

Arsenal bukan kelab kecil; hanya yang betul-betul konsisten je dapat kekal dalam kesebelasan utama.

Kalau dia sanggup bersabar, kerja keras masa latihan dan tunjuk impak bila diberi peluang, peluang cerah menanti.

Kalau tidak, musim ni mungkin banyak masa habis atas bangku simpanan.

Apa pun, bagi Lewis-Skelly, inilah masanya nak buktikan dia memang layak berada di tahap tertinggi bola sepak dunia.

Iklan

Tags

#Myles Lewis-Skelly #Arsenal #Riccardo Calafiori

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: