€80 Juta Untuk Dapatkan Bintang Arsenal
Transfer Rumours UTAMA

€80 Juta Untuk Dapatkan Bintang Arsenal

MyGooners 21 Sep 2025 205 tontonan 2 min baca
Saliba Dikaitkan Dengan Real Madrid

Real Madrid masih belum putus asa untuk memburu pertahanan kental Arsenal, William Saliba, walaupun kelab gergasi La Liga itu tidak membuat sebarang langkah rasmi pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Menurut laporan akhbar AS pada Jumaat, Madrid telah mengenal pasti Saliba dan pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate, sebagai dua sasaran utama untuk memperkukuhkan posisi bek tengah menjelang musim panas tahun depan.

Malah, ada yang mendakwa Real Madrid memiliki ‘kad trump’ untuk mendapatkan Saliba – iaitu jika pemain Perancis itu tidak melanjutkan kontraknya bersama Arsenal yang kini sah hingga 2027.

Real Madrid ‘mengidam’ Saliba

Portal El Desmarque pula mendedahkan bahawa Real Madrid begitu bernafsu untuk membawa masuk Saliba ke Santiago Bernabéu.

Mereka menilai peluang untuk ‘menculik’ pemain berusia 24 tahun itu dari Arsenal, meskipun ia dijangka sukar.

Madrid kini sedang mencari pertahanan muda yang sudah berpengalaman di pentas antarabangsa dengan harga yang dianggap “masuk akal”.

Konate turut jadi pilihan, tetapi faktor umur (27 tahun tahun depan) dan kontrak yang tamat pada 2026 sedikit sebanyak menjadikan Saliba sebagai sasaran utama.

Saliba dilihat sesuai, tapi harga jadi penghalang

Dilaporkan, Saliba sendiri dikatakan bersedia mencari “projek baru” selepas beberapa kali khabar angin menyebut dia menolak tawaran lanjutan kontrak daripada Arsenal.

Dengan usia muda serta pengalaman di peringkat tertinggi, Saliba dilihat calon ideal untuk projek jangka panjang Real Madrid di bawah Xabi Alonso.

Namun, masalah utama ialah tanda harga – Arsenal meletakkan nilai sekitar €80 juta untuk melepaskan bintang mereka.

Real Madrid dikhabarkan akan cuba merundingkan harga lebih rendah dengan pihak Mikel Arteta, tetapi belum pasti sama ada usaha itu akan berjaya.

Apa yang jelas, Los Blancos berkeinginan kuat untuk menambah Saliba ke dalam barisan, di samping terus memantau situasi Konate.

Soalan panas untuk peminat Arsenal: Kalau Real datang dengan tawaran besar, patutkah Arsenal lepaskan Saliba… atau pertahankan dia sampai habis kontrak?

Iklan

Tags

#William Saliba #Ibrahima Konate #Arsenal #Real Madrid

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Arsenal Intai Tino Livramento
Berita Perpindahan

Arsenal Intai Tino Livramento

Arsenal kini giat memperkemaskan senarai sasaran perpindahan musim panas mereka walaupun pasukan sedang berada di kemunc...

1 bulan yang lepas
€20 Juta Untuk Bintang Muda Serbia
Berita Perpindahan

€20 Juta Untuk Bintang Muda Serbia

Arsenal kini dilaporkan sedang giat memburu permata muda Serbia, Vasilije Kostov yang sering disamakan dengan gaya perma...

1 bulan yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: