Eze Wajib No.10 Kalau Nak Tumbangkan Man City!
Perkembangan Kelab UTAMA

Eze Wajib No.10 Kalau Nak Tumbangkan Man City!

MyGooners 19 Sep 2025 76 tontonan 2 min baca
Dia ada magis teknikal, mampu pegang bola dan cipta peluang.

Mikel Arteta kini ada peluang untuk menggunakan kekuatan sebenar Eberechi Eze di posisi terbaiknya menjelang pertembungan getir menentang Manchester City.

Musim panas lalu, Arsenal borong lapan pemain baru selepas musim lepas kecundang akibat masalah kecederaan.

Kali ini, Arteta ada skuad lebih mantap dan kedalaman pasukan yang boleh digilir-gilirkan.

Selepas menewaskan Nottingham Forest 3-0, Arsenal kekal rapat memburu Liverpool di persada liga, hanya tiga mata memisahkan mereka.

Tekanan semakin tinggi untuk Arteta pecahkan badi 20 tahun tanpa trofi Liga Perdana.

Eze Kena Main Tengah, Bukan Sayap

Dengan Martin Odegaard dijangka terlepas aksi besar kerana masalah kecederaan bahu, Eze patut diberikan peluang sebagai playmaker nombor 10.

Statistik Transfermarkt buktikan Eze lebih bahaya bila main di tengah:

  • Attacking Midfield: 144 perlawanan, 35 gol, 21 assist
  • Left Winger: 53 perlawanan, 10 gol, 8 assist

Jelas, kreativiti dan instinct gol Eze banyak hilang bila dipaksa main di sayap.

Jadi, bila Arteta letak dia kat tepi lawan Forest dan Bilbao baru-baru ni, memang nampak macam dia terikat.

Walaupun ada juga satu assist. Lawan City, Arsenal perlukan pemain yang boleh pegang bola, kawal tempo dan buka ruang.

Itulah ‘magis’ sebenar Eze.

Dekat Crystal Palace dulu pun, Oliver Glasner banyak gunakan dia di belakang penyerang dan hasilnya memang menjadi.

Siapa Perlu Dikorbankan?

Kalau tengok trio tengah lawan Bilbao : Rice, Zubimendi, Merino - jelas dua nama pertama tak boleh diganggu.

Rice box-to-box wajib ada, Zubimendi pulak makin selesa kawal game.

Dua-dua pemain ini juga merupakan kunci penting dalam kemenangan ke atas Forest.

Jadi, pilihan paling logik untuk direhatkan? Mikel Merino.

Arteta kena berani, lawan City bukan masa untuk main terlalu defensif.

Pertahanan: Saliba atau Mosquera?

William Saliba mungkin kembali, tapi Cristhian Mosquera pun bukan calang-calang, solid gila masa ganti ketiadaan Saliba hari tu.

Arteta kena fikir masak-masak, jangan pula terburu-buru pakai Saliba kalau Mosquera tengah padu.

Ringkasnya, kalau Arsenal nak betul-betul cucuk jarum pada City, Eze wajib start di nombor 10.

Dia ada magis teknikal, mampu pegang bola dan cipta peluang – ciri yang Arsenal perlukan bila Odegaard tak ada.

Kalau Arteta sekali lagi paksa dia kat sayap, itu sama je macam Arsenal ikat kaki sendiri.

Persoalan panas untuk Gooners: Berani tak Arteta buang Merino dari lineup demi bagi Eze jadi nadi serangan lawan City?

Iklan

Tags

#Arsenal #Eberechi Eze #Manchester City

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: