Fabio Vieira Akui Detik Sukar
Transfer News UTAMA

Fabio Vieira Akui Detik Sukar

MyGooners 7 Sep 2025 102 tontonan 1 min baca
Cepat Terpikat Dengan Tawaran HSV Hamburg Pada Deadline Day

Arsenal sekali lagi melepaskan pemain tengah mereka, Fabio Vieira, yang mengakui melalui saat sukar sebelum membuat keputusan pantas menyertai HSV Hamburg pada deadline day.

Dipetik menerusi laporan MOPO, Vieira, 25, menegaskan beliau tidak berfikir panjang selepas diyakinkan dengan tawaran daripada kelab Bundesliga itu.

Vieira jelas bukan sebahagian daripada perancangan jangka panjang Arsenal, terutama selepas ketibaan bintang baharu seperti Martin Zubimendi dan Eberechi Eze yang menambah sengit persaingan dalam skuad Mikel Arteta musim ini.

Selepas dipinjamkan ke Porto musim lalu, kali ini Vieira sekali lagi meninggalkan Emirates, menuju ke Hamburg bersama Albert Sambi Lokonga menerusi pakej berganda – dengan klausa opsyen pembelian kekal.

Perpindahan itu nyata mengejutkan ramai, memandangkan Arsenal pernah berbelanja sekitar €35 juta untuk mendapatkan Vieira pada 2022. Namun, pemain tengah itu menjelaskan semuanya berlaku terlalu pantas dan beliau terus merasai keyakinan daripada pengurusan HSV.

“Ia memang detik yang sukar, tetapi kami sebagai pemain profesional sudah terbiasa,” ujar Vieira.

“Semuanya berlaku dengan cepat.

Saya sudah yakin selepas perbualan pertama dengan jurulatih dan pengarah sukan.

Saya terus rasa mereka benar-benar mahukan saya di sini.”

Iklan

Tags

#Fabio Vieira #Arsenal #The Gunners

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: