FERNANDES TETAP SANDANG KAPTEN MANCHESTER UNITED
Bolasepak UTAMA

FERNANDES TETAP SANDANG KAPTEN MANCHESTER UNITED

Izzati • 23 Oct 2026 • 276 tontonan • 1 min baca
Bruno Fernandes akan terus menyandang tugas kapten Manchester United meskipun mengkritik pendekatan Michael Carrick selepas kekalahan besar kepada Como.

Bruno Fernandes akan terus menyandang tugas kapten Manchester United meskipun mengkritik pendekatan Michael Carrick selepas kekalahan besar kepada Como.

Pemain tengah Portugal itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap taktikal pasukan selepas United tewas 1-4 dalam saingan Liga Juara-Juara. Beliau turut menegaskan bahawa tugas mengenal pasti masalah permainan dan membuat perubahan sepatutnya dipikul oleh barisan kejurulatihan.

Kenyataan tersebut menimbulkan tanggapan bahawa Fernandes mempersoalkan kewibawaan Carrick. Situasi itu berlaku hanya lapan hari selepas Lisandro Martinez turut mengkritik pengarah bola sepak kelab, Jason Wilcox, berhubung urusan pembelian pemain.

Bagaimanapun, pihak dalaman Manchester United dilaporkan memahami kekecewaan yang dirasai Fernandes selepas kekalahan tersebut. Walaupun terdapat rasa kurang senang terhadap beberapa kenyataannya, tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pemain itu.

Fernandes juga menunjukkan komitmennya selepas perlawanan apabila memberikan sebanyak 10 temu bual kepada media di Como. Perkara itu dilakukan walaupun beliau dikeluarkan pada pertengahan separuh masa kedua untuk memberi laluan kepada Joshua Zirkzee.

Setakat ini, kedudukan Fernandes sebagai kapten tidak berubah. Namun, masih belum dipastikan sama ada beliau akan diturunkan ketika Manchester United menentang Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Ahad.

Iklan

Kongsi artikel ini