HARIMAU MALAYA BURU TEMPAT KETIGA MALAM INI
Antarabangsa UTAMA

HARIMAU MALAYA BURU TEMPAT KETIGA MALAM INI

Izzati • 5 Oct 2026 • 101 tontonan • 1 min baca
Malaysia hadir selepas menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan kedua dengan tujuh mata.

Harimau Malaya akan berdepan Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga FIFA ASEAN Cup 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta, malam ini.

Malaysia hadir selepas menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan kedua dengan tujuh mata. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe merekodkan dua kemenangan ke atas Bangladesh dan Singapura, selain seri tanpa jaringan ketika menentang Indonesia.

Kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura dalam aksi terakhir kumpulan bagaimanapun belum cukup untuk mengubah kedudukan Malaysia apabila Indonesia turut mengumpul tujuh mata dan unggul menerusi jumlah jaringan.

Vietnam pula menempah tiket ke aksi penentuan tempat ketiga selepas menewaskan Pakistan 4-2. 

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Kim Sang-sik mengakhiri saingan Kumpulan B di tempat kedua dengan enam mata.

Pertembungan malam ini menjadi peluang buat kedua-dua pasukan menutup kempen FIFA ASEAN Cup 2026 dengan keputusan positif selepas gagal melangkah ke final. 

Malaysia pastinya mahu memastikan kejohanan sulung ini berakhir dengan kedudukan ketiga.

Iklan

Kongsi artikel ini