HONG KONG TEMPAH SLOT FINAL
Antarabangsa UTAMA

HONG KONG TEMPAH SLOT FINAL

FabriMan • 1 Oct 2026 • 120 tontonan • 1 min baca
HONG KONG, China mengesahkan kemaraan ke final FIFA ASEAN Challenge Cup selepas menewaskan Brunei Darussalam dalam aksi di Stadium Kai Tak.

 

HONG KONG, China mengesahkan kemaraan ke final FIFA ASEAN Challenge Cup selepas menewaskan Brunei Darussalam dalam aksi di Stadium Kai Tak untuk menempah pertemuan dengan Kemboja pada 3 Oktober ini.

Hong Kong menguasai sebahagian besar permainan pada babak pertama dan hampir membuka jaringan menerusi Ng Yu-hei selepas memanfaatkan kesilapan hantaran Azwan Ali Rahman, namun percubaannya berjaya diselamatkan Haimie Abdullah Nyaring.

Tuan rumah sekali lagi mempunyai peluang terbaik sebelum rehat apabila Matt Orr menghantar bola lintang rendah kepada Juninho, namun penyerang tersebut gagal menyempurnakan peluang dari jarak dekat.

Brunei kemudian berdepan tugas lebih sukar sebaik sahaja babak kedua bermula apabila Hanif Hamir dilayangkan kad merah selepas cabaran terhadap Orr disemak menerusi VAR.

Kelebihan seorang pemain dimanfaatkan Hong Kong apabila tekanan berterusan akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan Chan yang menanduk masuk hantaran Juninho untuk membuka tirai jaringan.

Hong Kong terus mencipta peluang selepas itu apabila Juninho berjaya menjaringkan gol kedua, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana ofsaid sebelum dua percubaan tandukan Orr pula terkena palang.

Orr akhirnya menemui sasaran apabila menyambut hantaran Everton Camargo dan melepaskan voli ke penjuru kiri atas gawang untuk mengesahkan kemenangan Hong Kong serta tiket ke final bertemu Kemboja pada Sabtu ini.

Iklan

Tag

#HongKong #Brunei #FIFA

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

INDONESIA PESTA GOL, LAYAK KE FINAL
Antarabangsa

INDONESIA PESTA GOL, LAYAK KE FINAL

Mereka melangkah ke final FIFA ASEAN Cup 2026 selepas menghasilkan kemenangan besar 9-2 ke atas Bangladesh dalam aksi te...

3 minggu yang lepas
MALAYSIA BENAM SINGAPURA 6-0
Antarabangsa

MALAYSIA BENAM SINGAPURA 6-0

Harimau Malaya menutup kempen Kumpulan A FIFA ASEAN Cup 2026 dengan kemenangan bergaya selepas membelasah Singapura 6-0...

3 minggu yang lepas
Iklan