Liverpool pecah rekod perpindahan British bila sambar Alexander Isak dengan harga gila £125 juta (RM736 juta) dari Newcastle, tapi pengurus The Reds, Arne Slot, awal-awal dah bagi amaran: “Jangan harap dia terus jadi wira 90 minit setiap game.”
Slot gelar penyerang Sweden berusia 25 tahun itu “mungkin penyerang terbaik dunia” – tapi pada masa sama pesan penyokong supaya sabar sebab Isak hilang hampir empat bulan pramusim.
“Dia world class, tapi kami kena bijak. Kalau terus paksa main habis, silap hari bulan cedera panjang. Jadi kena perlahan-lahan,” kata Slot.
Isak sebelum ni sekadar pemanas bangku simpanan untuk Sweden ketika aksi kelayakan Piala Dunia dan Slot sempat ‘angkat topi’ pada jurulatih negaranya, Jon Dahl Tomasson, kerana tak sembelih bintang baru Liverpool tu dengan minit permainan berlebihan.
Tak cukup dengan itu, Slot jugak selamba sound pihak yang kutuk Isak kerana paksa keluar dari Newcastle walaupun kontrak masih ada tiga tahun.
“Hari tu lepas dia menang Piala Liga, semua sanjung dia. Sekarang kena maki. Itu lumrah bola. Sekarang dia milik Liverpool, itu yang penting,” tegas Slot.
Liverpool musim ni dah menang tiga game awal liga, tapi sedikit terkilan sebab deal Marc Guehi (Crystal Palace) gagal jadi kenyataan di hujung jendela.
Slot akui kecewa, tapi tak risau sebab masih ada pilihan di benteng.
Apa pun, penyokong The Kop kena tahan sabar – Isak mungkin “mesin gol” masa depan, tapi buat masa terdekat jangan harap dia terus jadi raja padang setiap minggu.