Jaap Stam Puji Timber
Perkembangan Kelab UTAMA

Jaap Stam Puji Timber

MyGooners 12 Sep 2025 294 tontonan 1 min baca
“Ikon Belanda Angkat Topi! Jaap Stam Puji Timber – Dari Mimpi Ngeri Cedera ke Wira Arsenal”

Dulu Hampir ‘Hancur’, Kini Jadi Wira Arsenal – Jaap Stam Ternganga Tengok Kebangkitan Timber!

Ramai sangka karier Jurrien Timber sudah berkubur bila ligamen koyak pada debut pertama bersama Arsenal.

Tetapi sekarang, bek kanan Belanda itu kembali meletup sehingga berjaya membuatkan legenda Belanda, Jaap Stam tabik hormat padanya.

Dari 253 hari terperap di bilik rawatan dan 53 perlawanan terlepas sehingga kembali berjaya membuat 48 penampilan penuh bergaya musim lalu.

Timber bukan sekadar kembali, malah kini jadi senjata utama Arteta di benteng pertahanan The Gunners.

Jaap Stam, yang terkenal dengan gaya “keras kepala” di pertahanan, pun tak mampu menahan pujian:

“Saya ada hormat yang sangat besar pada Timber. 

"Dia cedera teruk, tapi bangkit luar biasa.

"Main kanan boleh, kiri boleh, tengah pun boleh.

"Laju, kuat, bijak – lengkap!” jelas Stam.

Dulu ramai ‘haters’ label dia terlalu muda dan silap langkah pindah ke Emirates.

Tapi Timber balas semua kejian dan cacian tu dengan aksi ganas di padang.

Sekarang, bukan saja jadi rebutan pujian, malah makin digeruni lawan.

Dari mimpi ngeri ke kisah dongeng moden Arsenal – Timber dah tunjuk siapa sebenarnya boss di benteng The Gunners.

Iklan

Tags

#Jaap Stam #Arsenal #Jurrien Timber

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Arsenal Intai Tino Livramento
Berita Perpindahan

Arsenal Intai Tino Livramento

Arsenal kini giat memperkemaskan senarai sasaran perpindahan musim panas mereka walaupun pasukan sedang berada di kemunc...

1 bulan yang lepas
€20 Juta Untuk Bintang Muda Serbia
Berita Perpindahan

€20 Juta Untuk Bintang Muda Serbia

Arsenal kini dilaporkan sedang giat memburu permata muda Serbia, Vasilije Kostov yang sering disamakan dengan gaya perma...

1 bulan yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: