Kalau Juve dapat Tonali, confirm Scudetto!
Serie A UTAMA

Kalau Juve dapat Tonali, confirm Scudetto!

MyGooners 13 Sep 2025 74 tontonan 1 min baca
Legenda yakin dengan impian besar Juventus

Desas-desus perpindahan Sandro Tonali ke Juventus terus jadi topik hangat di Itali.

Calciomercato sebelum ini melaporkan bintang Newcastle United itu masih dianggap ‘mimpi besar’ oleh kelab gergasi Turin, yang dijangka cuba melancarkan usaha pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Juventus juga dilaporkan mungkin sudi melepaskan Dusan Vlahovic bagi memberi ruang kepada gaji pemain tengah Azzurri itu.

Legenda Juve, Alessio Tacchinardi, tampil memberikan pandangan penuh yakin kepada IlBianconeri.

“Saya berpeluang ikuti skuad Itali di Bergamo. Melihat Tonali dan membayangkan dia bersama Thuram, saya sanggup bertaruh Juve pasti menang Scudetto. Kalau Juve dapat Tonali hari ini, mereka akan juara liga.”

Realiti sukar buat Juve

Namun, hakikatnya sukar untuk direalisasikan.

Newcastle bayar harga tinggi untuk membawa Tonali dari AC Milan dan mereka pasti menuntut angka besar jika ada kelab mahu memikatnya.

Itu cabaran utama kerana kelab Itali jarang memiliki kuasa kewangan sehebat kelab Inggeris.

Buat masa ini, impian Tonali kembali ke Serie A dengan jersi Bianconeri kekal sebagai angan-angan.

Tapi kenyataan Tacchinardi jelas menunjukkan betapa besar impak yang dijangka jika perpindahan itu benar-benar berlaku.

Iklan

Tags

#Sandro Tonali #Juventus #Newcastle United

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Tak Ada ‘Otak Bola’
Serie A

Tak Ada ‘Otak Bola’

Bekas Bintang Arsenal Nuno Tavares Jadi Mangsa Kritik Pedas Lepas Silap Besar Dalam Derby

2 hari yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: