Kehilangan besar
Berita Bolasepak UTAMA

Kehilangan besar

MyGooners 16 Sep 2025 76 tontonan 3 min baca
Nico Williams diragui hadapi Arsenal

Arsenal bakal membuka kempen Liga Juara-Juara musim ini menentang Athletic Club Bilbao di San Mames pada Selasa (malam ini, jam 12.30am waktu Malaysia).

Namun pasukan Basque itu mungkin turun tanpa tonggak utama mereka, Nico Williams.

Pemain sayap berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan otot aduktor kiri ketika mewakili Sepanyol dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Turkiye minggu lalu.

Dia terpaksa dikeluarkan sebelum tamat babak pertama dan disahkan terlepas aksi La Liga menentang Deportivo Alaves hujung minggu lalu.

Bekas legenda Athletic, Joseba Etxeberria mengakui kehilangan Williams memang satu tamparan hebat buat kelab, tetapi tetap percaya skuad kendalian Ernesto Valverde ada pelapis yang mampu mengisi kekosongan tersebut.

“Ya, Nico memang pemain yang boleh membuat perlawanan berubah.

"Kehilangan dia sangat besar, tapi Athletic ada banyak pilihan lain.

"Saya percaya penuh dengan pasukan,” katanya kepada Deia.

Rekod dan Cabaran Hadapi Arsenal

Williams sudah pun menyumbang 1 gol dan 2 bantuan gol dalam 3 perlawanan awal musim ini, selepas mengumpul 11 gol serta 7 assist musim lalu.

Etxeberria yang kini mengendalikan Real Murcia turut memberi amaran tentang kekuatan Arsenal di bawah Mikel Arteta.

“Arsenal sangat sukar ditentang.

"Mereka ada sistem jelas, dominan dan sangat berkembang.

"Arteta berjaya terapkan idea yang sempurna.

"Mereka mampu merosakkan lawan melalui serangan posisi dan juga serangan balas pantas.

"Arsenal memang pasukan hebat,” jelasnya.

Namun, beliau tetap yakin San Mames boleh jadi kelebihan buat Athletic.

“Memang Arsenal lebih kuat, tapi di San Mames apa sahaja boleh berlaku.

"Kami tak boleh masuk padang dengan mentaliti nak seri.

"Bergantung pada perjalanan perlawanan, mungkin kita akan terima seri, tapi awal-awal tidak,” tambahnya.

Adakah ketiadaan Nico Williams bakal beri Arsenal laluan lebih mudah atau keajaiban San Mames sekali lagi muncul?

Manakala di kem latihan Arsenal menjelang aksi UCL di San Mames,  Mikel Arteta sahkan lima tonggak utama tidak akan turun menentang Athletic Bilbao malam ini.
 
❌ Martin Odegaard – kapten, jeneral dan nadi serangan serta bahagian tengah.
❌ Ben White – bek kanan kental, penting dalam sistem build-up.
❌ Kai Havertz – tenaga tambahan di tengah.
❌ Gabriel Jesus – penyerang berpengalaman.
❌ Bukayo Saka – senjata utama di sayap kanan.
 
Kehilangan besar buat The Gunners, terutama tanpa Odegaard dan Saka yang biasanya jadi nadi kreativiti dan ancaman serangan.
 
Namun, William Saliba dijangka akan beraksi malam ini.
 
Arteta kini bergantung pada nama baharu seperti Eberechi Eze, Viktor Gyokeres dan tenaga muda untuk mencipta kejutan di San Mames.
 
Athletic pula mungkin tanpa Nico Williams, jadi kedua-dua pasukan masuk dengan cabaran sama - krisis kecederaan tonggak.
 
Perlawanan ini dijangka lebih taktikal, dengan Arsenal mungkin fokus pada disiplin bertahan serta harap penyudah klinikal Gyokeres.
 
Ramalan anda?
Iklan

Tags

#Arsenal #Nico Williams #Athletic Club #LIga Juara-Juara #UCL #Athletic Bilbao

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: