Mahu Cipta sejarah Baharu Arsenal.
Perkembangan Kelab UTAMA

Mahu Cipta sejarah Baharu Arsenal.

MyGooners 16 Sep 2025 170 tontonan 2 min baca
Mikel Arteta pasang tekad nak ubah sejarah Arsenal dengan kejuaraan sulung Liga Juara-Juara musim ni.

Mikel Arteta menyatakan bahawa beliau mahu melakar semula sejarah Arsenal dengan menjuarai Liga Juara-Juara buat kali pertama musim ini.

Pasukan dari Utara London itu akan memulakan kempen Eropah mereka menentang Athletic Bilbao di San Mames, malam ini.

Musim lalu, Arsenal berjaya mara sehingga ke separuh akhir sebelum tewas kepada Paris Saint-Germain, yang muncul juara (PSG). 

PSG sendiri baru meraih kejuaraan Eropah pertama mereka dan Arteta percaya skuadnya juga mampu mengulangi pencapaian itu.

Ditanya sama ada Arsenal mempunyai kualiti untuk menjuarai Liga Juara-Juara kali ini, Arteta menjawab dalam sidang media pra-perlawanan:

“Ya, sama seperti pasukan lain yang memperkukuh skuad mereka dan telah memenanginya berkali-kali.

"Itu memang matlamat dari awal, tetapi kita semua tahu perjalanan ini sangat panjang.

"Margin dalam kejohanan ini sangat tipis dan anda perlu beraksi pada tahap terbaik sejak hari pertama untuk memberi peluang terbaik kepada diri sendiri.”

Mengenai pengajaran daripada kemaraan ke separuh akhir musim lalu, Arteta menekankan keyakinan baharu dalam pasukan.

“Bahawa kami cukup bagus, bahawa kami boleh bersaing dengan mana-mana lawan pada hari tertentu.

"Selain itu, ada dua perkara penting: anda mesti ada skuad penuh pada ketika saat paling kritikal musim ini dan gol dijaringkan pada masa yang tepat, dengan keputusan yang tepat - sebab margin perbezaannya terlalu kecil.

"Kelab besar cuba tujuh, lapan, sembilan kali dan mereka hanya menang dua.

"Jadi dalam kejohanan ini, anda akan gagal lebih banyak daripada anda berjaya.

"Itulah hakikat, itulah sejarah kelab ini dan itulah yang kami mahu ubah.”

Dalam bola sepak, kadang-kadang beza menang atau kalah datang dari satu detik kecil saja - satu jaringan, satu kesilapan, boleh jadi penentu.

Iklan

Tags

#Arsenal #Mikel Arteta #UCL #Liga Juara-Juara

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: