Martinelli Balas Kritikan
Analysis UTAMA

Martinelli Balas Kritikan

MyGooners 17 Sep 2025 55 tontonan 2 min baca
Dari ‘benchwarmer’ ke hero, Martinelli ledak balik keyakinan Arsenal.

Gabriel Martinelli jelas sedar dengan segala kritikan serta perdebatan mengenai kedudukannya dalam skuad Arsenal.

Namun, dua gerakan yang menghasilkan gol kemenangan menentang Athletic Club membuktikan kenapa Mikel Arteta masih percaya pada anak muda Brazil berusia 24 tahun itu.

Arteta tahu dia boleh harapkan Martinelli ketika perlawanan besar, walaupun prestasi serangan pemain sayap itu merudum selepas keyakinannya jatuh.

Tetapi dengan kelajuan yang dimiliki, antara terpantas dalam EPL dan ditambah lorongan bijak Leandro Trossard, Martinelli sekali lagi tunjukkan betapa berbisa dirinya jika bola sampai di kawasan tepat.

Arteta sebelum ini pernah tekankan pentingnya ada skuad lebih besar kerana standard permainan semakin tinggi dan jumlah perlawanan semakin padat.

Lima daripada lapan muka baru musim panas ini sudah dimasukkan ke kesebelasan utama, manakala kualiti di bangku simpanan kini jauh lebih mantap berbanding musim lalu.

Trossard mungkin tak gembira sekadar jadi “super sub”, tetapi bagi Arteta, kehadiran pemain seperti dia dan Martinelli adalah senjata rahsia yang mampu ubah nasib perlawanan.

Perbelanjaan besar Arsenal musim panas ini sememangnya bawa tekanan, namun aksi cemerlang di San Mames jadi bukti pelaburan itu berbaloi.

BACA: Martinelli Dan Trossard Jadi ‘Pembunuh Upahan’ Arteta

Prestasi mantap di tempat lawan.
Bekas penjaga gol England, Paul Robinson, di BBC Radio 5 Live memuji aksi Arsenal selepas menang 2-0 di Bilbao.

“Separuh masa kedua sangat baik, prestasi di tempat lawan yang mantap untuk permulaan UCL.

"Jangan pandang ringan, Athletic mempunyai rekod terbaik bertahan di La Liga musim lalu.

"Arsenal memang berjuang habis dan perubahan pemain buat perbezaan besar.

"Madueke menyinar di sebelah kanan, Eze kurang menonjol dan masuknya pemain simpanan tepat pada waktunya.

"Ini permulaan musim yang sempurna buat Arsenal.”

Martinelli buktikan dia masih “game changer” dan Arsenal kini bukan sahaja ada skuad kuat di padang, malah pelapis yang mampu bagi impak segera.

Iklan

Tags

#Gabriel Martinelli #Arsenal #UCL

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: