Mosquera puji Arteta & staf
Perkembangan Kelab UTAMA

Mosquera puji Arteta & staf

MyGooners 21 Sep 2025 67 tontonan 1 min baca
Mula hidup baru dengan cemerlang di Arsenal

Pemain muda Arsenal, Cristhian Mosquera, yang dibawa masuk dari Valencia pada musim panas lalu, tampil dengan penghormatan besar buat Mikel Arteta serta barisan jurulatih The Gunners selepas permulaan kariernya di Emirates berjalan lancar.

Mosquera pada awalnya dianggap sebagai pelaburan jangka panjang - opsyen tambahan di belakang kepada William Saliba dan Gabriel Magalhaes.

Namun, kecederaan yang menimpa Saliba memaksa Arteta untuk terus memberi kepercayaan kepada pemain berusia 21 tahun itu.

Sejak itu, Mosquera membalas dengan aksi matang - 85 minit menentang Liverpool, 90 minit ketika Arsenal benam Nottingham Forest 3-0 dan sekali lagi menyerlah dalam kemenangan 2-0 ke atas Athletic Club di Liga Juara-Juara.

Dengan harga sekitar €15 juta, ramai pemerhati bola sepak menyifatkan Mosquera sebagai salah satu pembelian paling berbaloi musim panas.

Mosquera sendiri mengakui kejayaannya banyak dibantu oleh Arteta dan staf kelab:

“Penyokong sambut saya dengan baik, pasukan, orang di kelab… semuanya buat saya rasa selesa.

Coach (Arteta) sangat approachable, dia banyak membantu saya.

Staff pun banyak bantu bila saya ada keraguan.

Mereka uruskan proses adaptasi dengan sangat baik.”

Ringkasnya, Mosquera bukan sekadar isi kekosongan sementara, tetapi kini muncul sebagai senjata rahsia baru di benteng Arsenal, hasil sentuhan dan tunjuk ajar Arteta bersama pasukannya.

Iklan

Tags

#Cristhian Mosquera #Arsenal

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: