Neville Sindir Arsenal
EPL UTAMA

Neville Sindir Arsenal

MyGooners 22 Sep 2025 120 tontonan 2 min baca
Cabut Handbrake Kalau Nak Juara!

Perlawanan tumpuan antara Arsenal dan Manchester City di Emirates berakhir dengan keputusan seri 1-1, namun perbincangan selepas wisel penamat lebih panas daripada gol penyamaan Gabriel Martinelli.

Gary Neville dalam The Gary Neville Podcast bersama Peter Drury tampil dengan analisis pedas – memuji keberanian Pep Guardiola, tetapi pada masa sama mempersoalkan sama ada Mikel Arteta benar-benar berani untuk lepaskan potensi sebenar Arsenal.

Guardiola Kejutkan Semua

Neville mengakui terkejut dengan pendekatan Guardiola yang menukar City kepada formasi 5-4-1.

Katanya, ini pertama kali dia melihat Pep bermain begitu defensif dan fizikal.

Tujuan utamanya jelas – untuk mematahkan ancaman set piece Arsenal.

“Arsenal ni memang banyak hasilkan gol melalui bola mati.

"Jadi Pep letak sembilan pemain tinggi untuk tanduk buang semua bola dan ia hampir berjaya,” ujar Neville.

Namun, pada masa tambahan, kombinasi hantaran Eberechi Eze dan larian Martinelli berjaya merobek benteng City.

Haaland Jadi Ketua

Selain taktikal, Neville turut memuji Erling Haaland yang dilihat semakin matang sebagai ketua di padang.

“Dia bukan sekadar mesin gol.

"Dia tanduk bola buang dari kotak sendiri, kemudian lawan fizikal dengan Saliba dan Gabriel.

"Dia benar-benar pamer kepimpinan,” kata Neville.

Bagi beliau, City kini jauh lebih keras, direct dan kurang bergantung pada penguasaan bola semata-mata.

Arsenal Terlalu Berhati-hati

Namun, Neville lebih banyak memberi tumpuan kepada Arsenal.

Beliau menyifatkan Arteta “membuang 45 minit pertama” kerana terpaksa buat dua pertukaran besar pada waktu rehat.

“Kalau kau kena tukar dua pemain masa separuh masa, itu tanda kau silap dari mula,” tegasnya.

Neville menambah Arsenal terlalu bergantung kepada gol set piece dan kurang mencipta peluang dari permainan terbuka walaupun memiliki deretan bintang seperti Saka, Martinelli, Odegaard dan Havertz.

Mentaliti Juara Dipersoal

Neville akhirnya menyoal mentaliti Arsenal.

“Nak pergi dari nombor dua ke nombor satu bukan langkah kecil. Ia langkah paling besar.

"Kau kena percaya setiap hari, setiap minit.

"Kalau tak, kau takkan dikenang sebagai juara.”

Beliau menutup ulasan dengan cabaran keras tetapi penuh kasih buat kelab Utara London itu:

“Aku suka Arsenal, tapi kalau nak menang liga, mereka kena buang handbrake. Jangan tunggu ketinggalan baru nak menyerang, tunjuk keberanian dari minit pertama.”

 

Iklan

Tags

#Arsenal #Manchester City #Gary Neville

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: