Norgaard dedah perbincangan dengan Arteta – Arsenal cuba tukar posisi, Denmark turut beri perhatian
Perkembangan Kelab UTAMA

Norgaard dedah perbincangan dengan Arteta – Arsenal cuba tukar posisi, Denmark turut beri perhatian

MyGooners 11 Mar 2026 246 tontonan 2 min baca
Pemain tengah Arsenal, Christian Norgaard, mendedahkan beliau telah mengadakan perbincangan khas bersama pengurus Mikel Arteta mengenai kemungkinan perubahan posisi yang sedang diuji di Emirates.

Menurut laporan media Denmark Tipsbladet, pemain berusia 32 tahun itu kini sedang dilatih untuk beraksi sebagai pertahanan tengah, satu peranan baharu yang turut mendapat perhatian jurulatih kebangsaan Denmark, Brian Riemer.

Norgaard menyertai Arsenal daripada Brentford pada jendela perpindahan musim panas lalu dalam perpindahan yang agak ‘low-profile’. Sejak tiba di London Utara, beliau lebih banyak beraksi sebagai pemain simpanan berikutan persaingan sengit di bahagian tengah skuad Arteta.

Situasi itu menyebabkan Arteta mula menguji Norgaard di posisi lebih ke belakang, dengan pemain Denmark itu digunakan sebagai central defender dalam beberapa sesi dan perlawanan.

Menariknya, perkembangan tersebut turut dipantau rapat oleh kem kebangsaan Denmark.

Riemer dilaporkan berminat melihat Norgaard beraksi sebagai pertahanan kerana skuad Denmark kini berdepan masalah kecederaan dan penggantungan pemain di posisi tersebut. Malah, jurulatih itu sendiri pernah mengunjungi Arsenal untuk berbincang dengan Arteta dan pemain tersebut mengenai kemungkinan perubahan peranan itu.

Norgaard sendiri mengakui beliau terbuka dengan idea tersebut.

“Ia sebenarnya sangat sesuai dengan saya. Sebagai pertahanan, anda boleh melihat keseluruhan permainan di depan. Dalam jangka masa panjang, ia mungkin posisi yang baik untuk saya,” katanya kepada Viaplay.

Pemain yang sudah mengumpul 39 kaps bersama Denmark itu turut menyifatkan perubahan posisi ini sebagai peluang baharu dalam kariernya.

Sepanjang karier profesionalnya, Norgaard kebanyakannya beraksi sebagai pemain tengah bertahan dengan 243 penampilan, selain 79 kali di posisi tengah dan 24 kali sebagai pemain tengah menyerang.

Sebaliknya, beliau hanya memiliki sekitar 10 penampilan sebagai pertahanan tengah, menandakan proses penyesuaian masih panjang jika peranan baharu itu benar-benar menjadi pilihan Arsenal.

Namun jelas, kedua-dua pihak - Arsenal dan Denmark - melihat potensi besar sekiranya Norgaard mampu menyesuaikan diri dengan posisi baharu tersebut.

Iklan

Tags

#Christian Norgaard #Arsenal

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: