“Panas! Bintang Liverpool Naik Hantu, Jerit Depan Muka Bek Arsenal”
Perkembangan Kelab UTAMA

“Panas! Bintang Liverpool Naik Hantu, Jerit Depan Muka Bek Arsenal”

MyGooners 11 Sep 2025 131 tontonan 1 min baca
Bintang Liverpool ‘Naik Minyak’, Jerit Depan Bek Arsenal

Panas di Quito! Perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Argentina dan Ecuador bertukar tegang apabila Alexis Mac Allister ‘naik hantu’ lalu menjerit depan muka pemain baharu Arsenal, Piero Hincapié.

Aksi panas itu tercetus selepas Hincapié buat terjahan keras ke atas bintang muda Real Madrid, Franco Mastantuono, walaupun bola jelas sudah keluar padang. Tindakan berani mati bek Arsenal itu buat Mac Allister hilang sabar, terus meluru ke arahnya dan ‘sound’ tanpa belas kasihan.

Pemain lain sempat menenangkan keadaan, kalau tidak mungkin berlaku insiden lebih panas. Mujur pergaduhan itu tak berlarutan, tapi jelas suasana jadi makin berapi kerana Argentina ketika itu sudah tertekan bermain 10 orang selepas Nicolás Otamendi dibuang padang.

Akhirnya, Ecuador berjaya kejutkan juara dunia dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan penyerang veteran Enner Valencia - tapi yang lebih jadi bualan, ‘perang mulut’ antara bintang Liverpool dan muka baharu Arsenal!

Iklan

Tags

#Piero Hincapie #Alexis Mac Allister #Arsenal #Liverpool #Argentina #Ecuador

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: