Pasukan Bola Sepak PALSU!
Antarabangsa UTAMA

Pasukan Bola Sepak PALSU!

MyGooners 17 Sep 2025 75 tontonan 2 min baca
Sindiket Seludup 22 Migran Ke Jepun Kantoi

Taktik kotor sindiket penyeludupan manusia di Pakistan terbongkar apabila 22 migran menyamar sebagai pasukan bola sepak profesional untuk menyelinap masuk ke Jepun.

Modus operandi luar biasa itu didalangi Malik Waqas, lelaki yang kini jadi sebutan selepas berjaya mencipta kelab "jadian" dikenali sebagai Golden Football Trial.

Lebih mengejutkan, sindiket licik ini bukan sekadar menggunakan jersi dan bola sebagai prop, malah menyediakan dokumen palsu lengkap kononnya daripada Persatuan Bola Sepak Pakistan (PFF) serta Kementerian Luar Negeri.

Semua ini dilakukan bagi meyakinkan pihak imigresen.

Bayaran untuk "pakej pasukan bola sepak palsu" ini? Rs. 4 juta seorang! (lebih kurang RM 67,000)

Jumlah yang cukup untuk membuatkan ramai sanggup gadai harta demi janji palsu "masa depan cerah" di Jepun.

Namun, mimpi indah itu tak kekal lama.

Sebaik tiba di Jepun, pihak berkuasa imigresen mula curiga.

Pemeriksaan rapi dilakukan dan rahsia terbongkar, "pasukan bola sepak" itu rupanya sekadar kumpulan migran tanpa sebarang kelayakan bola sepak.

Seluruh kumpulan ditahan serta-merta sebelum dihantar pulang.

Paling mengejutkan, ini bukanlah cubaan pertama Waqas.

Sumber mendedahkan beliau pernah berjaya melaksanakan helah sama sebelum ini tanpa dikesan.

Tapi kali ini, nasib tidak menyebelahi apabila sindiket tersebut terbongkar, kumpulan diusir dan Waqas kini direman Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) untuk siasatan lanjut.

Kes ini mencetuskan kegemparan besar di Pakistan, dengan ramai netizen menyindir bagaimana “bola sepak palsu” akhirnya mengheret satu pasukan terus ke penjara.

Betul-betul modus operandi luar kotak.

Dari jauh nampak macam pasukan nak pergi main friendly match, tapi rupa-rupanya operasi penyeludupan.

Dari "perlawanan persahabatan" palsu ke aksi dalam lokap, inilah kisah bola sepak paling pelik tahun ini!

Iklan

Tags

#Pakistan #Pasukan Palsu

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: