Keputusan Paris Saint-Germain (PSG) melepaskan Gianluigi Donnarumma ke Manchester City terus mendapat kecaman hangat daripada media dan bekas pemain bola sepak Itali.
Kritikan dari Itali
Walaupun media Itali cuba mempertahankan kebolehan Donnarumma dalam penguasaan bola, kelemahan penjaga gol berusia 26 tahun itu kembali terserlah dalam aksi dramatik menentang Israel yang berakhir 5-4.
Namun begitu, bekas pemain Napoli, Faouzi Ghoulam, lantang menegur tindakan PSG, dengan menyifatkan ia sebagai keputusan yang langsung tidak menghormati seorang pemain “totem” yang telah menjadi tonggak kejayaan kelab Perancis itu.
“PSG telah melakukan kesilapan besar dan tidak menghormati Gigio. Mereka hanya mahu puaskan hati Luis Enrique, tapi anda tak boleh buat begitu pada seorang pemain penting seperti dia. Itu perkara bodoh,” kata Ghoulam kepada Corriere dello Sport.
Guardiola Jadi Faktor
Ghoulam turut menegaskan bahawa kehadiran Pep Guardiola di City membuktikan Donnarumma sebenarnya bukan lemah seperti yang digembar-gemburkan.
“Kalau Gigio benar-benar tak bagus dengan kakinya, adakah Pep akan menandatanganinya? Itu alasan yang tak masuk akal.”
Latar Belakang Keputusan PSG
Donnarumma sebelum ini menjadi wira utama ketika PSG menjulang Liga Juara-Juara Eropah, namun kelemahannya sejak zaman AC Milan sudah diketahui umum.
Luis Enrique, yang terkenal dengan sistem permainan tertentu, dipercayai mahu penjaga gol yang lebih selesa dengan bola di kaki seperti Lucas Chevalier.
Selain faktor taktikal, beban gaji Donnarumma juga disebut sebagai alasan utama PSG melepasnya — sesuatu yang memberi kelegaan dari sudut kewangan buat kelab Perancis itu.
Debut City Bakal Gamat
Kini, Donnarumma dijangka bakal melakukan debut penuh bersama Manchester City hujung minggu ini dalam derbi Manchester – pentas yang cukup sesuai untuk membuktikan PSG telah melakukan kesilapan besar.