Raya terus tak laku di Sepanyol walaupun jadi bintang Arsenal
Antarabangsa UTAMA

Raya terus tak laku di Sepanyol walaupun jadi bintang Arsenal

MyGooners 19 Sep 2025 319 tontonan 2 min baca
Tetap bukan pilihan utama

David Raya mungkin jadi penjaga gol utama Arsenal dalam EPL dan Liga Juara-Juara, tapi di tanah airnya sendiri, nama dia masih belum cukup untuk rebut hati peminat dan pakar bola Sepanyol.

Bekas penjaga gol Valencia dan skuad kebangsaan Sepanyol, Santi Canizares, baru-baru ini kongsi pandangan tentang siapa sepatutnya jadi nombor satu La Roja.

Malangnya, Raya bukan calon utamanya.

Sepanyol kini ada 'masalah besar' di posisi penjaga gol dengan beberapa nama besar tengah bersaing.

Raya memang konsisten di Arsenal, tapi Unai Simon (Athletic Bilbao) dan Alex Remiro (Real Sociedad) masih jadi pesaing kuat. 

Tambah panas lagi bila Joan García (Barcelona) muncul dengan aksi padu lawan Newcastle dalam UCL minggu lepas.

Itu yang hidupkan semula perdebatan, walaupun jurulatih Luis de la Fuente sebelum ini macam tak berminat nak tukar struktur sedia ada.

Canizares bagaimanapun menjelaskan:

“Buat masa sekarang, tiga terbaik Sepanyol ialah Unai Simon, David Raya dan Joan Garcia.

"Tapi penjaga gol utama saya tetap Unai Simon selagi prestasi dia tak merosot.”

Bila ditanya tentang Joan Garcia, Canizares tambah lagi pedas:

“Ini memang jelas.

"Penjaga gol tak boleh tipu orang.

"Joan Garcia akan jadi penjaga gol antarabangsa Sepanyol, cepat atau lambat.”

Ringkasnya, walaupun Raya makin bersinar di Arsenal, di mata orang Sepanyol, dia masih “nombor dua” – malah mungkin “nombor tiga” bila Joan Garcia naik nanti.

Iklan

Tags

#David Raya #Arsenal #Sepanyol #Santi Canizares #Unai Simon #Alex Remiro #Joan Garcia

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Arsenal Intai Tino Livramento
Berita Perpindahan

Arsenal Intai Tino Livramento

Arsenal kini giat memperkemaskan senarai sasaran perpindahan musim panas mereka walaupun pasukan sedang berada di kemunc...

1 bulan yang lepas
€20 Juta Untuk Bintang Muda Serbia
Berita Perpindahan

€20 Juta Untuk Bintang Muda Serbia

Arsenal kini dilaporkan sedang giat memburu permata muda Serbia, Vasilije Kostov yang sering disamakan dengan gaya perma...

1 bulan yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: