RAYA TIDAK PEDULI KRITIKAN
Bolasepak UTAMA

RAYA TIDAK PEDULI KRITIKAN

Izzati • 21 Oct 2026 • 99 tontonan • 1 min baca
Arsenal hadir ke aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, Rabu ini, dengan rekod cemerlang selepas memenangi 10 daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini

Penjaga gol Arsenal, David Raya menegaskan tidak terganggu dengan kritikan penyokong lawan yang melabel permainan pasukannya sebagai membosankan, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada usaha memburu kemenangan.

Arsenal hadir ke aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, hari ini, dengan rekod cemerlang selepas memenangi 10 daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, termasuk kemenangan tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest, Ahad lalu.

Raya berkata setiap pihak mempunyai pandangan tersendiri, namun keputusan yang dicatatkan Arsenal membuktikan pasukan itu masih berada pada landasan positif.

“Kami sudah tewas satu perlawanan daripada 11 aksi musim ini. Jika itu dianggap membosankan atau menjengkelkan, saya tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakan,” katanya.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta pula menyifatkan kritikan terhadap gaya permainan pasukannya datang daripada kelompok kecil penyokong dan percaya Arsenal masih menunjukkan peningkatan berbanding musim lalu.

Arteta mengakui pasukannya perlu memperbaiki aspek serangan, terutama ketika berdepan lawan yang menggunakan pendekatan bertahan secara mendalam, namun percaya pertemuan dengan Bayern mampu menghadirkan aksi lebih terbuka.

Dalam masa sama, Arteta turut mengakui masih belum dapat melupakan kekalahan kepada Paris Saint-Germain (PSG) menerusi penentuan sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara musim lalu, sambil menegaskan keinginan untuk menebus kekecewaan itu terus membara dalam dirinya dan pasukan.

Iklan

Kongsi artikel ini