Real Madrid dan Gergasi Eropah Tunggu Peluang
Perkembangan Kelab UTAMA

Real Madrid dan Gergasi Eropah Tunggu Peluang

MyGooners 12 Sep 2025 143 tontonan 1 min baca
Arsenal Tawar Kontrak Baru Pada Saliba

Arsenal akhirnya terpaksa bertindak pantas.

William Saliba sudah ditawarkan kontrak baru lima tahun, sebab The Gunners takut ‘permata’ pertahanan mereka tu dikebas Real Madrid dan gergasi Eropah lain.

Menurut Foot Mercato, rundingan dengan Saliba dah lama berjalan, tapi Arsenal baru sekarang berani letak tawaran rasmi.

Masalahnya, masih belum ada kata sepakat… dan itu cukup buat penyokong mula risau kalau bintang Perancis berusia 24 tahun tu kena culik pasukan lain.

Kalau Arsenal lambat bertindak, Saliba bakal masuk musim depan dengan kontrak tinggal setahun saja.

Itu ibarat ‘bom jangka’ – sama ada terpaksa jual murah atau terpaksa tengok dia angkat kaki secara percuma.

The Gunners memang anggap Saliba sebagai “harta paling berharga” selepas prestasi padu dia beberapa musim ni.

Sebab tu mereka nekad ikat jangka panjang. Tapi masalahnya, Real Madrid tengah tunggu peluang, manakala kelab besar lain pun dah pasang radar.

Buat masa ni, Saliba masih fokus dengan Arsenal dan skuad kebangsaan Perancis.

Tapi kita semua tahu, kalau Madrid datang hulur tawaran besar, siapa mampu tolak?

Soalnya sekarang: Adakah Saliba setia dengan projek Arsenal atau hatinya bakal berpindah ke Bernabeu bila gergasi Sepanyol itu betul-betul melancarkan serangan?

Iklan

Tags

#Real Madrid #Arsenal #William Saliba

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: