Ruben Dias fokus, tak layan provokasi Arsenal
Berita EPL UTAMA

Ruben Dias fokus, tak layan provokasi Arsenal

MyGooners 21 Sep 2025 175 tontonan 2 min baca
Kalau orang lain nak main drama, biarlah… kami City main untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk fans.

Pertahanan kental Manchester City, Ruben Dias, jelas tidak mahu ambil pusing dengan sebarang “mind games” atau taktik psikologi daripada Arsenal menjelang pertembungan panas di Emirates Ahad ini.

Musim lalu, dua pertemuan antara kedua-dua gergasi ini memang penuh drama.

Ingat lagi insiden Erling Haaland suruh Arteta “stay humble” selepas seri 2-2 di Etihad? 

Atau kemenangan 5-1 Arsenal di London Utara bila remaja Myles Lewis-Skelly buat gaya meditatif Haaland depan penyokong City?

Tapi bagi Dias, semua itu tak penting.

“Saya tak kisah langsung pasal mereka.

"Yang penting, kami percaya dengan cara kami sendiri.

"Kami main untuk menang, untuk keluarga kami, untuk orang kami.

"Tiada apa yang lebih besar daripada itu,” katanya.

City kini kembali menemui rentak selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Spurs dan Brighton, dengan kemenangan bergaya ke atas Manchester United dan Napoli.

Tapi cabaran sebenar menanti di Emirates, tambahan pula Arsenal kini dianggap ramai sebagai calon utama juara liga.

Tentang rakan sepasukan Rodri yang masih dipantau kecederaan:

"Dia sangat penting, bukan saja boleh rampas bola, tapi juga buat pasukan lebih tenang dengan hantaran dia,” jelas Dias.

City datang dengan penuh fokus, tak mahu layan provokasi dan hanya mahu jadi versi terbaik mereka sendiri.

Tapi persoalannya – cukupkah fokus itu untuk bendung kebangkitan Arsenal yang makin padu musim ini?

Iklan

Tags

#Myles Lewis-Skelly #Ruben Dias #Arsenal #Manchester City

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: