Dalam undian yang dibuat oleh bekas pemain West Ham United, Joe Cole dan Joe Hart, The Gunners diundi bertemu pasukan Championship, Southampton di St Mary's Stadium.
Di atas kertas, Arsenal dilihat memiliki kelebihan dari segi kualiti skuad dan pengalaman di pentas besar. Namun, aksi piala sentiasa penuh kejutan - dan Southampton pasti mahu mencipta sensasi di hadapan penyokong sendiri.
Sementara itu, satu lagi perlawanan panas bakal meletus apabila Manchester City menentang seteru tradisi mereka, Liverpool dalam pertembungan gergasi yang dijangka menjadi tumpuan utama pusingan ini.
Di London pula, Chelsea menerima kunjungan pasukan “giant killer” dari League One, Port Vale yang sebelum ini mengejutkan ramai apabila menyingkirkan Sunderland.
Satu lagi aksi mempertemukan dua pasukan Liga Perdana Inggeris apabila West Ham United bakal berdepan Leeds United.
Kesemua aksi suku akhir dijadual berlangsung pada hujung minggu 4 April 2026, dengan jadual rasmi akan diumumkan kemudian.

Undian Suku Akhir Piala FA
1️⃣ Southampton vs Arsenal
2️⃣ Chelsea vs Port Vale
3️⃣ Manchester City vs Liverpool
4️⃣ West Ham United vs Leeds United
Bagi penyokong Arsenal, ini peluang terbaik untuk terus melangkah ke separuh akhir. Jika berjaya melepasi Southampton, laluan ke Wembley semakin terbuka.
Soalnya sekarang - mampukah Arsenal teruskan momentum dan memburu satu lagi trofi musim ini?