Spanish Gang Arsenal Jadi Penyelamat Zubimendi!
Perkembangan Kelab UTAMA

Spanish Gang Arsenal Jadi Penyelamat Zubimendi!

MyGooners 19 Sep 2025 97 tontonan 2 min baca
Zubimendi yakin adaptasi di Arsenal bukanlah masalah besar.

Bintang baharu Arsenal, Martin Zubimendi, buka cerita jujur tentang detik awalnya di Emirates dan akui dia “diselamatkan” oleh geng Sepanyol yang turut sertai The Gunners musim ini.

“Kehadiran Kepa Arrizabalaga dan Cristhian Mosquera memang banyak membantu.

"Senang sikit bila ada geng sebangsa, lebih-lebih lagi bila bahasa Inggeris saya masih perlu diperbaiki.

"Tapi saya tak nak bergantung pada mereka saja.

"Saya nak cepat belajar bahasa Inggeris dan rapat dengan semua pemain,” kata Zubimendi.

Walaupun baru je sampai, pemain tengah berusia 26 tahun itu mengakui layanan warga Arsenal buat dia rasa seolah-olah sudah lama di London.

“Semua orang buat saya rasa selesa… macam dah lama kenal.

"Saya memang happy di sini,” tambahnya dengan wajah penuh senyuman.

Tapi bab ‘enjoy’ London? Zubimendi terus terang cakap belum sempat.

“Pra-musim sibuk, musim pun terus start.

"Jadi saya belum betul-betul explore London.

"Tapi saya tak sabar nak kenal bandar ni,” ujarnya.

Lebih menarik, Zubimendi dedahkan dia tak banyak berbincang dengan rakan senegaranya Mikel Merino (yang juga sertai Arsenal) sebelum sign kontrak.

"Kami berdua sibuk dengan musim masing-masing.

"Hanya selepas habis musim baru kami sembang lebih serius,” katanya.

Apa pun, dengan “Spanish connection” semakin kukuh di bilik persalinan, Zubimendi yakin adaptasi di Arsenal bukanlah masalah besar, baik di padang mahupun di luar padang.

Iklan

Tags

#Martin Zubimendi #Arsenal #Sepanyol

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: