Trossard Jadi “Mangsa” - Bintang Arsenal Semakin Dilupakan!
Perkembangan Kelab UTAMA

Trossard Jadi “Mangsa” - Bintang Arsenal Semakin Dilupakan!

MyGooners 11 Sep 2025 119 tontonan 2 min baca
“Paling Rugi” - Wartawan dakwa rehat antarabangsa bawa nasib malang buat bintang Arsenal.

Rehat antarabangsa kali ini jelas membawa berita buruk buat penyerang Arsenal, Leandro Trossard, apabila dia dilabel sebagai “paling rugi” dalam skuad Belgium.

Menurut wartawan Belgium, Frank Raes, tempat Trossard kini makin goyah selepas dua aksi antarabangsa terbaru, malah kedudukannya dalam pasukan Rudi Garcia seakan sudah dirampas pemain lain.

Trossard yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Arsenal, akhirnya mengejutkan ramai apabila memilih menandatangani kontrak baharu di Emirates. Namun, keputusan itu kini nampak seperti satu perjudian silap, kerana dia semakin tercicir di bawah Mikel Arteta - dengan Gabriel Martinelli dan pemain baharu, Eberechi Eze, mendominasi posisi utama.

Situasi makin parah bila di skuad kebangsaan pun Trossard sekadar jadi watak sampingan. Statistiknya juga tidak meyakinkan - hanya 10 gol dan 5 assist daripada 46 penampilan bersama Red Devils.

“Paling rugi selepas dua perlawanan ini memang Trossard,” tegas Raes dalam Gazet Van Antwerpen.

“Di Arsenal pun dia pemanas bangku. Bersama skuad kebangsaan, dia macam sekadar menumpang, sama macam (Loïs) Openda.”

Berbeza dengan Jeremy Doku dan Malick Fofana yang semakin menyerlah. Raes menyifatkan kedua-duanya sebagai senjata menakutkan Belgium ketika ini.

“Doku berani, tak gentar nak cuba semula walaupun gagal. Mental dia kuat, sentiasa ancam lawan. Fofana pun sama, lawan memang kecut perut bila tengok dua budak ni.”

Kini, ramai peminat Belgium mula persoalkan masa depan Trossard - adakah dia masih relevan, atau bakal menjadi sekadar ‘pemain pelengkap’ dalam skuad negara dan Arsenal?

Iklan

Tags

#Arsenal #Leandro Trossard #Belgium

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON
UCL

ATLETICO MADRID KEMBALI KE LONDON

Los Rojiblancos memasuki perlawanan ini dengan momentum positif selepas mencatatkan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Va...

4 minggu yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: