Awal musim panas, Betis dengan selamba beritahu media tempatan yang mereka akan sambar Antony “harga lelong” selepas pinjam separuh musim lepas.
Taktik? Seret rundingan sampai hujung jendela perpindahan, biar United terdesak, barulah masuk dengan tawaran ciput.
Memang nampak senang, lagi-lagi bila Antony sudah kena humban ke “bomb squad” di Old Trafford. Pelik, ejen pemain pun diam seribu bahasa, padahal bintang Brazil tu tengah kejar tiket ke Piala Dunia.
Sekarang? Masuk September, langsung tak ada pra-musim, tak ada minit permainan… memang karier tengah bahaya.
Betis siap hantar “rombongan haji” ke Manchester – CEO Ramon Alarcon, pengarah sukan Manu Fajardo dan setiausaha teknikal Alvaro Ladron de Guevara – tapi tunggu punya tunggu, tiba-tiba media UK bocor cerita kononnya deal dah settle!
Masalahnya, media Seville yang selalu dapat “first hand info” langsung tak sahkan. Dan akhirnya betul – Betis sendiri umumkan “No deal, tawaran tarik balik!”.
Rundingan sebenarnya berhenti bila United nak Betis tambah €6 juta lagi – duit yang kononnya untuk gaji baki kontrak Antony serta komisen ejen.
Betis terus “angkat tangan”, tak nak jadi mangsa.
Taktik United bocor berita untuk tekan Betis?
Kantoi habis! Betis bukan saja tak goyang, malah bertegas tak akan buka mulut selagi isu €6 juta tu tak settle antara Antony dengan kelab Inggeris tu.
Jurulatih Manuel Pellegrini masih berharap Antony jadi milik mereka, tapi realitinya Betis dah mula cari backup plan.
Media tempatan pula sindir pedas: “Bila semua dah nampak nak jadi, tiba-tiba meletup sebab benda kecil yang United cuba campak atas bahu Betis.”
Yang lebih panas, Betis bukan miskin pun – musim panas ni dah tabur hampir €40 juta beli tujuh pemain baru!
Kalau awal-awal bincang Antony, mungkin ada ruang nak tampung sikit.
Sekarang? Antony tergantung tak bertali – United pening kepala, Betis buat bodoh, karier pemain pula makin tergadai!