Drama Emiliano Martinez tak jadi pindah ke Manchester United musim panas lalu memang buat penyokong Aston Villa panas hati.
Ramai percaya penjaga gol Argentina itu cuba paksa keluar, tapi akhirnya terpaksa kekal di Villa Park.
Tapi bagi Marco Bizot, penjaga gol baharu Villa dari Belanda, itu langsung bukan isu. Malah dia akui lega Martinez masih bersama skuad.
“Martinez memang bro yang gila baik.
"Dari hari pertama lagi kami ngam.
"Jadi aku happy dia stay,” kata Bizot tanpa berselindung.
Lebih mengejutkan, Bizot dedah dia memang datang ke Villa dengan niat nak jadi backup keeper!
“Aku cakap dengan ejen: cari kelab top, aku nak jadi nombor dua.
"Aku dah puas main tiap minggu, sekarang masa untuk kongsi pengalaman dengan budak muda,” katanya selamba.
Maknanya, Martinez tak perlu risau langsung - Bizot datang bukan untuk rampas tempat, tapi untuk jadi wingman setia di bangku simpanan!