Arsenal buka tirai kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 ke atas Athletic Club di San Mames, hasil magis dua pemain simpanan – Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard.
Masuk padang terus menjadi
Martinelli hanya ambil 36 saat untuk jaringkan gol selepas masuk dari bangku simpanan, rekod terpantas Arsenal dalam sejarah UCL!
Tak lama lepas tu, Trossard pula tambah satu lagi gol.
Dua-dua bukan saja menjaringkan, tapi siap saling bantu untuk cipta peluang.
Arteta Pinjam Ilmu Rugby
Mikel Arteta kagum dengan konsep “finisher” dalam rugby – pemain yang masuk hujung-hujung tapi jadi penentu game.
Katanya, musim ni “finisher” mungkin lebih penting dari kesebelasan utama sebab Arsenal main dengan intensiti tinggi dan lawan akan mula longgar hujung perlawanan.
“Saya tengok mata Gabi (Martinelli) sebelum masuk, saya tahu dia dah ready.
"Sama juga dengan Leo (Trossard).
"Mereka bagi impak besar,” kata Arteta.
Sakit Hati Tinggal Pemain, Tapi Berbaloi
Walaupun terpaksa tinggalkan nama besar macam Odegaard, Saka dan Havertz yang cedera, Arteta percaya pemain baru dan simpanan boleh bagi kejutan.
Martinelli yang sebelum ni hilang keyakinan, akhirnya buktikan dia masih berbisa.
Rakan sepasukan pun terus berlari meraikan golnya dan ini adalah tanda semangat satu pasukan.
Statistik “Super Sub”
-
Trossard: Sejak debut Januari 2023, paling banyak terlibat gol sebagai pemain gantian dalam EPL (14 :10 gol, 4 assist).
-
Martinelli: Gol terpantas Arsenal sebagai pemain gantian di UCL – 36 saat saja!
Kemenangan Arsenal ke atas Athletic Club bukan sekadar tiga mata sulung UCL, tapi bukti bahawa “senjata sulit” Arteta ada di bangku simpanan.
Martinelli dan Trossard buktikan gelaran “finisher” bukan sekadar istilah rugby, tapi realiti yang boleh tentukan nasib perlawanan bola sepak.
Dengan semangat sepasukan yang makin padu, walaupun dibelenggu kecederaan tonggak utama, Arsenal tunjuk mereka ada peluru simpanan yang mampu meletup bila diperlukan.
Kalau trend ni berterusan, jangan terkejut kalau The Gunners jadi calon serius angkat trofi UCL musim ni!
Macam Arteta cakap mahu lakar sejarah baharu Arsenal!