EMPAT GERGASI SAH KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2025-2026
Bolasepak UTAMA

EMPAT GERGASI SAH KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2025-2026

Izzati 26 Feb 2026 138 tontonan 1 min baca
Tumpuan pastinya terarah kepada pertembungan ulangan Final Piala Malaysia 2021 apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal membuat perhitungan dengan Kuala Lumpur City FC.

Saingan Piala Malaysia 2025-2026 semakin memuncak apabila empat pasukan terbaik negara mengesahkan tempat ke pentas separuh akhir, sekali gus semakin hampir untuk menjulang trofi berprestij yang menjadi rebutan saban musim.

Tumpuan pastinya terarah kepada pertembungan ulangan final 2021 apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal membuat perhitungan dengan Kuala Lumpur City FC.

KL City, selaku finalis edisi 2021, mara selepas mengharungi aksi suku akhir yang cukup mendebarkan dengan kemenangan tipis 3-2 ke atas Terengganu FC.

JDT pula menepati reputasi sebagai antara pasukan pilihan apabila membelasah Melaka FC dengan agregat 8-1 untuk mengesahkan kemaraan bergaya ke kelompok empat terbaik.

Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir menemukan Selangor FC dan Kuching City FC.

Selangor tampil garang di suku akhir apabila menundukkan Negeri Sembilan FC 6-1, manakala Kuching City muncul wakil tunggal dari Borneo selepas menyingkirkan DPMM FC dengan agregat 6-2.

Mengikut perancangan awal, aksi separuh akhir dijadual berlangsung pada awal April, dengan perlawanan timbal balik menyusul seminggu kemudian.

Namun, pengesahan rasmi tarikh akan diumumkan oleh badan pengelola liga, Malaysian Football League (MFL) dalam masa terdekat tertakluk kepada sebarang perubahan jadual semasa.

Iklan

Tags

#JDT #PialaMalaysia #SelangorFC #KuchingCity #KLCityFC

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: