MALAYSIA KEKAL KEDUDUKAN KEENAM, SAHKAN DUA SLOT ASIA 2026/27
Bolasepak UTAMA

MALAYSIA KEKAL KEDUDUKAN KEENAM, SAHKAN DUA SLOT ASIA 2026/27

MyGooners 25 Feb 2026 106 tontonan 2 min baca
Kedudukan memberangsangkan Malaysia disumbang hasil dua wakil negara di pentas Asia. Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke peringkat kalah mati ACLE selepas menamatkan saingan kumpulan di tempat keenam, sekaligus menyumbang mata penting buat negara.

Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam carta Ranking MA Konfederasi Bola Sepak Asia apabila menghuni tangga keenam Zon Asia Timur dengan kutipan 41.434 mata setakat pertengahan musim 2025/26. 

Pencapaian ini sekali gus mengesahkan dua slot automatik buat negara ke saingan Asia bagi edisi 2026/27.

Pengagihan slot tersebut melibatkan penyertaan dalam AFC Champions League Elite (ACLE) dan AFC Champions League Two (ACL2), seperti diumumkan dalam kemas kini rasmi badan induk bola sepak Asia itu.

Kedudukan memberangsangkan Malaysia disumbang hasil prestasi dua wakil negara di pentas Asia. Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke peringkat kalah mati ACLE selepas menamatkan saingan kumpulan di tempat keenam, sekali gus menyumbang mata penting kepada negara. 

Sementara itu, Selangor FC yang bersaing dalam ACL2 berjaya meraih 8.33 mata untuk memperkukuh jumlah keseluruhan Malaysia.

Hasil konsistensi kedua-dua kelab ini, Malaysia sah menerima satu slot automatik ke ACLE dan satu slot automatik ke ACL2 bagi musim 2026/27, satu pencapaian yang terus mengukuhkan reputasi Liga Malaysia di pentas serantau.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kini sebaris dengan Thailand yang turut meraih dua slot automatik ACLE serta satu slot play-off. 

Thailand, yang berada di tangga ketiga Zon Asia Timur, turut memperoleh satu slot automatik ke ACL2 menjadikan keseluruhan empat slot ke saingan Asia.

Iklan

Tags

#ACLE #ACL2 #JDT #SelangorFC

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: