EPL: NEWCASTLE PADAM REKOD TANPA KALAH MANCHESTER UNITED
EPL UTAMA

EPL: NEWCASTLE PADAM REKOD TANPA KALAH MANCHESTER UNITED

Izzati 5 Mar 2026 100 tontonan 1 min baca
Dalam aksi di St James’ Park itu, Newcastle United mencatat kemenangan 2-1 meskipun beraksi dengan 10 pemain selepas Jordan Ramsay dilayangkan kad kuning kedua akibat simulasi di dalam kotak penalti pada minit ke-40.

Rekod tanpa kalah Manchester United di bawah bimbingan Michael Carrick akhirnya berakhir selepas tewas 1-2 kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Khamis.

Kekalahan tersebut merupakan yang pertama buat Manchester United selepas melalui lapan perlawanan tanpa tewas sejak Carrick mengambil alih pasukan.

Dalam aksi di St James’ Park itu, Newcastle United mencatat kemenangan 2-1 meskipun beraksi dengan 10 pemain selepas Jordan Ramsay dilayangkan kad kuning kedua akibat simulasi di dalam kotak penalti pada minit ke-40.

Walaupun kekurangan seorang pemain, tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Anthony Gordon pada masa tambahan babak pertama.

Manchester United bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan Casemiro sebelum kedua-dua pasukan menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan seri.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan sama, pemain gantian Newcastle, William Osula muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-90 yang menewaskan Harry Maguire dan Senne Lemmena di gawang pelawat.

Keputusan 2-1 itu sekali gus memadam rekod tanpa kalah Manchester United dalam lapan perlawanan di bawah kendalian Carrick.

Iklan

Tags

#newcastle #manchesterunited #EPL #

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

REAL MADRID BELASAH MAN CITY 3-0
Bolasepak

REAL MADRID BELASAH MAN CITY 3-0

Tiga gol pemain Uruguay itu memberi kelebihan besar kepada pasukan tuan rumah sekali gus meletakkan City dalam tekanan s...

1 bulan yang lepas
Southampton Halangan Ke Separuh Akhir!
Perkembangan Kelab

Southampton Halangan Ke Separuh Akhir!

Impian Arsenal untuk terus memburu trofi FA Cup musim 2025/26 kini semakin jelas selepas keputusan undian suku akhir diu...

1 bulan yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: